Terkini dari Informasi Santai!

Edisi Hangat! Jadual Pengiraan Gaji Baru Sistem Saraan Malaysia(SSM) 2012 Mengikut Gred!

Ditulis dengan santai oleh Muhammad Aakif on Tuesday, 3 April 2012


Pengiraannya macam ini..bagi yang tak faham..Jika sekiranya jawatan anda adalah C17 (Pembantu Makmal) jadual pengiraan gaji dan kenaikan dari yang lama kepada system SSM yang baru adalah seperti di atas..Kamu tidak perlu tukar apa jua amaun atau nombor pun dalam jadual di atas. Namun begitu jika sekiranya jawatan anda adalah DG41(Lebih 14,000 Guru Terima Tawaran Bayaran Insentif Baru!) mahupun DH41, DH52 dan segala macam DH lagilah..Untuk info mengenainya sila ke SINI: Jadual Gaji DG41 Mengikut Jadual Gaji Minimum - Maksimum!..Pengiraannya adalah berlainan sedikit..Lagi Info: Mengenai Pelarasan Gaji, Skim Tangga Gaji dan Kenaikan Pangkat Secara Time Based Untuk Guru!

So apa yang diperlukan adalah kamu hendaklah menukar amaun/ jumlah yang ada dalam kotak kuning tu..Untuk pengetahuan semua, pada petak kuning intu adalah kenaikan gaji setiap tahun..kan setiap tahun ada kenaikan..kalau macam saya, kenaikan adalah pada bulan Julai..Pada ruangan Merah itu pula adalah gaji "basic" sekarang (mengikut SSM lama)..Kotak merah pun kena tukar sekali. Kat situ kamu perlu meletakkan gaji basic gaji anda yang lama (SSM lama). Sebagai contoh di atas RM824.91 itu adalah gaji C17 (SSM lama, dan bukannya gaji SSM Baru). Pada ruangan warna OREN pula adalah kenaikan sebanyak 13%.

So, gaji pada Januari (mengikut apa yang diumumkan - gaji SSM baru bermula Januari 2012) adalah pada amaun RM932.15 (gaji basic baru anda). Pada ruangan warna BIRU pula adalah jumlah sebenar gaji anda selepas Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).

Bagi yang berbeza jawatan dan jumlah kenaikan serta pelarasan. Anda hanya perlu menukar pada bahagian MERAH sahaja untuk mendapatkan gaji BASIC baru anda. Dan kemudiannya menukar amaun mengikut kenaikan yang ditetapkan (Kenaikan gaji Pembantu Makmal adalah RM95). Untuk melihat gaji sebenar anda selepas pelarasan 13% dan KGT sila lihat pada ruangan KGT 2012, 2013, 2014. Sila lihat rajah di atas.

So lepas masukkan maklumat tu, Excel secara akan automatic akan kira sendiri gaji kamu untuk tahun ni sehingga tahun 2016.. Cukup la tu kot, sehingga PRU yang akan datang.. Sebab mungkin masa tu akan ada pergerakan gaji lagi..

Untuk mendapatkan jadual pengiraan gaji baru itu, sila ke laman ini. Anda boleh memuat turun jadual berkenaan..Linknya ada di bawah.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment