Terkini dari Informasi Santai!

Edisi Hangat! Walaupun Kuku Saya Buruk, Saya Tetap Artis Paling Popular - Aaron Aziz!

Ditulis dengan santai oleh Muhammad Aakif on Sunday 8 April 2012


Mungkin itulah ungkapan yang cuba Aaron Aziz ucapkan selepas dinobatkan sebagai Artis Paling Popular 2011 semalam. Begitulah penangan pelakon utama Ombak Rindu dan KL Gangster ini. Walaupun sebelum ini nama beliau dikaitkan dengan ISU Menipu Nama Sebenar dan ISU Kuku yang entah hape-hape..nampaknya itu semua adalah isu remeh yang tidak perlu diambil maklum oleh Aaron Aziz. Kuku buruk ke, dia tetap popular!!! Tahniah Aaron Aziz.
 
AARON Aziz menepati jangkaan ramai apabila diumumkan sebagai Bintang Paling Popular 2011, dengan mengumpulkan undian sebanyak 87,669, pada majlis yang berlangsung di Genting Highlands, malam tadi. Dalam acara yang berlangsung di Arena of Star, Aaron turut memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Aaron membawa pulang hadiah berupa barang kemas Raflesia bernilai RM250,000 dan sebuah Nissan Teana V6 2.5L.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment