Terkini dari Informasi Santai!

Edisi Hangat! Gambar Bekas Isteri Dekan, Sri Wani Choo Abdullah Yang Hot dan Ikuti Kisah Gempar Beliau!!

Ditulis dengan santai oleh Muhammad Aakif on Sunday, 8 April 2012


“Terima kasih, akak reda dengan segala ujian. Akak doa dan harap ALLAH sayangkan akak”.

Itulah ucapan ringkas kiriman Sri Wani Choo Abdullah, 37, pengusaha produk kecantikan yang mencuri perhatian umum sejak berita suaminya memfailkan pembatalan perkahwinan di Mahkamah Syariah, tahun lalu, diketahui umum.

Berdasarkan tinjauan dan carian internet yang dilakukan selepas pengakuan eksklusif Sri Wani, orang ramai memberi respons positif. Rata-rata mereka berdoa sekiranya Sri Wani tidak bersalah, mudah-mudahan perkahwinannya selamat.

Heboh dengan cerita Dekan kahwin lelaki.. Dan kali ini Sri Wani yang dikatakan lelaki itu ingin menyaman individu yang menjatuhkan bisnes dan maruahnya.. Sri Wani Choo Abdullah enggan memberitahu siapa yang menjatuhkan maruahnya itu.. Bagaimanapun dia telah pun melantik peguam bagi menjalankan tidakan itu..

Sri Wani, 37, menegaskan, dia mempunyai bukti yang kukuh untuk bertindak berdasarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan video bertujuan merosakkan reputasinya sebagai ahli perniagaan.

Suaminya, seorang bekas dekan institusi pengajian tinggi awam tempatan, yang mengesyaki Sri Wani  lelaki, memfailkan permohonan membatalkan perkahwinan di Mahkamah Tinggi Syariah. Bahrom Sanugi, 61, bertindak demikian selepas setahun mengahwini isteri ketiganya itu,  seorang pengusaha produk kecantikan, yang memeluk Islam pada 2001.

Peguam Bahrom, Muhammad Hafiz Ab Rashid berkata, anak guamnya menikahi Sri Wani pada 19 Ogos 2009 di Songkhla, Thailand dan mendapatkan sijil nikah di Kedah. Menyedari isterinya seorang lelaki, Bahrom membuat aduan ke Jabatan Agama Gombak dan diarah untuk berpisah sementara pada 23 November 2010.

Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan menetapkan 23 April ini untuk memberi keputusan sama ada Sri Wani perlu menjalani ujian pengesahan jantina atau tidak. Sementara itu, Sri Wani, yang berasal dari Bentong, Pahang, memfailkan bantahan terhadap permohonan suaminya dengan mendakwa dia dianiaya.

Dia turut memfailkan injunksi ex parte (sebelah pihak) terhadap dua madunya kerana mendakwa difitnah.“Saya ada bukti mereka juga hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan kurang sopan,” katanya.

Abdul Walid memerintahkan Sri Wani menyerahkan bukti itu pada 12 April ini. Sri Wani dalam temu bual eksklusif juga menekankan bahawa dia menyayangi suaminya. “Biarlah apa orang nak kata, Tuhan mengetahui segala-galanya,” katanya dalam nada sedih, tetapi tetap yakin.

Kita tak tahu kemana kesudahannya konflik Dekan Kahwin Lelaki ni.. Tetapi kita tunggu dan lihat apa sebenarnya dan apa jawapannya disebalik semua ini.. Kalau betul dakwaan Sri Wani Choo yang mengatakan dia difitnah.. Dan dia betul-betul wanita.. Kita doakan lah semoga perkahwinan mereka selamat..

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment