Jutawan
terkenal Amerika Syarikat, Donald Trump mengucapkan semoga berjaya
kepada seorang pondan yang mahu menyertai pertandingan ‘Miss Universe’
selepas pihak penganjur membenarkan Jenna Talackova mengambil bahagian
pada peringkat Kanada. Penganjur Miss Universe berkata, mereka
sebenarnya membuat keputusan itu pada Isnin lalu membenarkan Talackova,
23 bersaing dalam pertandingan berkenaan sebagai salah seorang peserta
akhir ‘Miss Universe’ Kanada.
Kenyataan
penaja menyebut, Trump mengucapkan Talackova ‘semoga berjaya dalam
usaha memenangi gelaran’ berkenaan seperti juga peserta lain.
Tetapi,
satu kenyataan yang dikeluarkan kemudian menimbulkan kekeliruan kepada
Talackova apabila ia menyebut bahawa dia boleh menyertai pertandingan
itu ‘sekiranya memenuhi syarat pengesahan jantina mengikut perundangan
Kanada dan standard yang ditetapkan pertandingan antarabangsa lain.’
Terdahulu,
Talackova dan peguamnya, Gloria Allred meminta penganjur memberi
penjelasan dengan mengesahkan kedudukan peserta itu dengan menyiarkan
salinan pasport Talackova yang menyatakannya sebagai wanita termasuk
dalam sijil kelahiran dan lesen memandu.
Talackova,
seorang penduduk Vancouver, menjalani pembedahan menukar jantina empat
tahun lalu selepas dilahirkan sebagai lelaki. Isu pertukaran jantina itu
pada awalnya menjadi sebab penganjur di Kanada menyingkirkan Talackova
daripada menyertai pertandingan Miss Universe Kanada ke-61 pada Mei
dengan merujuk kepada satu peraturan bahawa seseorang peserta perlu
dilahirkan sebagai wanita.
“Saya seorang wanita. Saya
rasa terhina dan berpendapat langkah mengecualikan saya adalah
berdasarkan alasan yang tidak adil. Saya juga tidak pernah meminta untuk
diberi sebarang pertimbangan istimewa. Saya hanya mahu bersaing,” kata
Talackova.
Talackova dan Allred mahu Trump menetapkan
bahawa dia boleh meneruskan pertandingan mewakili Kanada dalam Miss
Universe sekiranya memenangi acara pada peringkat Kanada. Mereka juga
meminta Trump untuk menyingkirkan peraturan berkenaan.
“Saya tidak mahu wanita lain mengalami diskriminasi yang sama seperti saya alami,” kata Talackova.
Sebagai
maklum balas, penganjur pertandingan mengeluarkan satu kenyataan
berkata, bahawa pandangan Allred kepada media hari ini sebagai tidak
mengambil kira kenyataan bahawa Trump dan penganjur pertandingan membuat
keputusan yang adil dan saksama membenarkan Talackova bertanding dalam
pertandingan Miss Universe Kanada 2012.
Ketika
dihubungi, seorang lagi jurucakap Miss Universe, Brenda Mendoza dipetik
sebagai berkata: “Jika Talackova menang gelaran Kanada, dia akan
bertanding pada peringkat dunia,”
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment