BUKAN
sekali tetapi tiga kali dia terpaksa berhadapan dengan gosip yang sama -
kononnya bakal menjadi isteri kedua seorang ahli perniagaan yang juga
merupakan suami kepada penyanyi terkenal tempatan. Tidak dinafikan
gosip-gosip liar itu telah menimbulkan kemarahan yang bukan sedikit buat
dirinya.
Amat terkilan dengan
perbuatan tidak bertanggungjawab itu, pelakon popular, Rozita Che Wan
memberitahu, gosip itu bukan sahaja menyinggung perasaannya tetapi juga
mereka yang dikaitkan. Justeru pelakon ‘bergetah’ berusia 39 tahun itu
berhasrat mengemukakan saman kepada penyebar fitnah terbabit.
Tegas
ibu tunggal kepada dua anak itu, adalah tidak adil buat dirinya dan
mereka yang terpalit sama dengan kontroversi terbabit memandangkan ia
tidak pernah berlaku sama sekali.
P/s: Sama-sama kita nantikan saman fitnah dari beliau yer wahai blogger-blogger sekalian..
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment