Terkini dari Informasi Santai!

Edisi Terkini! Gambar Isteri Allahyarham Bob Kuman, Norma Ibrahim dan Ikuti Kisah Mereka Yang Baru Sahaja Berkahwin Bulan Lalu!

Ditulis dengan santai oleh Muhammad Aakif on Friday 4 May 2012


Mungkin ramai yang tidak tahu, namun Bob Kuman baru sahaja mendirikan rumahtangga untuk kali yang kedua pada 8 April lalu.
Menurut personaliti TV3, Mazidul Akmal Sidek yang juga merupakan jiran Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd. Rawi, 41, perkahwinan itu adalah kali yang kedua selepas pelakon yang menghadapi masalah obesiti itu gagal dalam perkahwinan pertamanya beberapa tahun lalu.


“Kalau tidak salah nama isteri Allahyarham ialah Norma Ibrahim dan berasal dari Mukah, Sarawak. Tidak sampai sebulan berkahwin, tetapi nampaknya Allah lebih sayangkannya. Saya juga dimaklumkan oleh arwah dia belum sempat berbulan madu sehingga kini,” katanya.


Bob Kuman yang menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 4.38 petang semalam di kediamannya di Kota Damansara di sini kerana komplikasi penyakit jantung, paru-paru berair dan darah tinggi sebenarnya baru sahaja mendirikan rumahtangga pada 8 April lalu.

Jenazah Allahyarham yang juga bekas peserta pertandingan Maharaja Lawak Mega itu telah disembahyangkan di Masjid Kota Damansara, Seksyen 5 di sini selepas solat Isyak sebelum ia dibawa ke kampung arwah di Rantau, Negeri Sembilan bagi dikebumikan selepas itu.

Sumber Asal: EDISI TERKINI! GAMBAR ISTERI ALLAHYARHAM BOB KUMAN, NORMA IBRAHIM DAN IKUTI KISAH MEREKA YANG BARU SAHAJA BERKAHWIN BULAN LALU!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment