Pelawak
terkenal, Saiful Apek, 43, melancarkan ‘perang’ terhadap produser,
David Teo dengan mendakwa penerbit filem terkemuka terbabit gagal
melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami
Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan
melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.
Katanya,
selain isu berkenaan perkara lain dibangkitkan adalah kegagalan David
menyiapkan album nyanyiannya sedangkan kontrak dimeterai setahun
ditandatangani pada tahun yang sama.
Menurutnya,
berikutan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai saluran memperjuangkan
haknya, dia tampil membuat kenyataan di laman sosial facebook dan
twitter sehinggalah menyedari menerima kritikan hebat pengguna rangkaian
sosial berkenaan.
Saiful berkata, Ahad ini jam 2
petang, dia dan lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing
terhadap David dengan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen
yang pernah ditandatangani bagi menerangkan keadaan sebenar.
Katanya,
pada 2005, dia ditawarkan membintangi filem Lady Boss dan Anak Mami
Kembali dengan bayaran RM100,000 sebelum wang itu dilaburkan semula
dalam kedua-dua filem berkenaan.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment